Ez-Zakat Muamalat mudahkan bayaran zakat - Utusan Malaysia

Ez-Zakat Muamalat mudahkan bayaran zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Bank Muamalat Malaysia Berhad melancarkan fasiliti Ez-Zakat Muamalat iaitu kemudahan pengiraan dan potongan zakat secara automatik bagi akaun semasa dan simpanan para pelanggannya.

Bank Muamalat Malaysia Berhad dalam kenyaaan di sini berkata, pihaknya menandatangani dokumen persetujuan dengan Lembaga Zakat Selangor MAIS(LZS-MAIS) untuk bekerjasama dalam fasiliti tersebut.

Katanya, LZS merupakan rakan kongsi kedua Bank Muamalat dalam menyediakan khidmat pengiraan dan pemotongan zakat ke atas akaun simpanan pelanggannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Inisiatif itu akan memudahkan pendeposit Bank Muamalat yang beragama Islam menunaikan kewajipan berzakat keatas wang simpanan mereka dengan potongan zakat akan dilakukan secara automatik apabila cukup haul dan nisab.

“Selain itu, potongan zakat yang dibuat melalui Ez-Zakat Muamalat melayakkan pendeposit mendapat pelepasan cukai pendapatan di bawah Seksyen 6A (3) Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Bank Muamalat telah melancarkan dan menerajui Ez-Zakat Muamalat dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat-MAIWP pada 26 Mac lalu.

Bank Muamalat dalam kenyataannya turut berhasrat untuk melebarkan kolaborasi pengurusan zakat dengan negeri-negeri lain dimana bank itu menjalinkan kerjasama pengurusan zakat dengan empat buah negeri.

“Selain zakat, Bank Muamalat turut aktif mempromosikan wakaf, perancangan harta dan akaun emas sekaligus menjadikan Ez-Zakat sebagai perkhidmatan ikoniknya.

“Perkhidmatan Ez-Zakat Muamalat ditawarkan di semua 64 cawangan Bank Muamalat seluruh negara dan kaedah kiraan serta potongan zakat yang akan digunakan adalah mengikut praktis LZS-MAIS,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini