Exabytes anjur EEC - Utusan Malaysia

Exabytes anjur EEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Exabytes Network Sdn. Bhd. (Exabytes) mengumumkan penganjuran Persidangan e-Dagang Exabytes (EEC) yang dijadualkan berlangsung pada 27 Jun di Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes, Chan Kee Siak berkata, persidangan tahunan kali ini bertemakan Tumbuh Global dan Tumbuh Pesat yang menumpukan kepada empat bidang utama iaitu mengembangkan perniagaan e-dagang, trend e-dagang, pemasaran untuk e-dagang, serta automasi e-dagang.

Kata beliau, pihaknya menjangkakan persidangan tersebut menarik sekurang-kurangnya 800 peserta syarikat permulaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada pelbagai sektor bukan sahaja dari Malaysia malah seluruh dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“EEC kembali buat kali keenam dan dengan matlamat lebih besar untuk memberi inspirasi kepada syarikat permulaan dan PKS mengembangkan perniagaan mereka melampaui sempadan Malaysia.

“Kami telah merancang untuk meliputi pelbagai topik seperti analisa data, data raya, e-logistik dan teknologi pembayaran mudah alih. Kami sedang menawarkan tiket promosi penyertaan awal dan sesiapa yang berminat boleh membelinya secara dalam talian di www.exabytes.my/eec,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kee Siak, acara satu hari itu akan dipenuhi dengan persembahan dan bengkel oleh penceramah daripada pelbagai latar belakang industri.

“Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya 20 pempamer pertubuhan yang mengambil bahagian dalam EEC tahun ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini