BHUBANESWAR 2 Mei – Hampir 800,000 orang di timur India telah dievakuasi berikutan Ribut Siklon Fani yang membawa kelajuan angin sehingga 200 kilometer seham dan hujan lebat, menurut pihak berkuasa hari ini.
Perkhidmatan Cuaca India berkata, ribut siklon tersebut dijangka akan tiba pada Jumaat sekitar tengah hari di negeri Odisha dan menuju utara timur laut ke arah Bangladesh.
Laluan itu menempatkan kediaman lebih 100 juta orang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu, Jabatan Meteorologi India memberitahu, bersama hujan ‘lebat ekstrem’ dengan ribut sekitar 1.5 meter ‘sangat berkemungkinan’ membanjiri kawasan rendah di Odisha. – AFP











