MADRID – Perancang tengah Tottenham Hotspur, Christian Eriksen telah bersetuju secara lisan untuk menyertai kelab gergasi La Liga, Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas yang akan dibuka secara rasmi bulan depan. Difahamkan, Spurs terpaksa menjual beberapa pemain bertaraf bintang pasukan itu kerana mahu menampung kos perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membina Stadium Tottenham Hotspur yang telah dibuka kepada umum bulan lalu. Perkara tersebut diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Levy…










