SELAIN solat sunat tarawih, al-Quran turut menjadi ‘teman rapat’ majoriti umat Islam setiap kali Ramadan. Buktinya, sama ada kelas tadarus atau tadabur, kitab suci itu sering kali menjadi tumpuan. Walaupun amalan itu sepatutnya tidak dihadkan masa bulan Ramadan, tetapi bagi pendakwah terkemuka, Datuk Dr. Zahazan Mohamed, situasi tersebut secara tidak langsung menyerlahkan lagi keistimewaan al-Quran. “Membaca al-Quran sebenarnya satu amalan yang dapat merapatkan lagi hubungan sesama manusia sama ada disedari atau tidak. Contohnya, seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu ZAHAZAN MOHAMED Abdullah bin Rawahah sering mengajak para sahabat lain untuk mentadabbur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya