Empat penjual organ manusia ditahan di Kosovo - Utusan Malaysia

Empat penjual organ manusia ditahan di Kosovo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRISTINA – Polis Kosovo kelmarin mengumumkan penahanan empat individu, termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dengan pemerdagangan organ manusia.

“Mereka berempat disyaki terlibat dengan pemer­dagangan dan pemindahan organ serta sel badan manusia secara haram,” kata pihak polis.

Semua suspek ditahan pada Khamis lalu ketika serbuan di sebuah klinik swasta di wilayah Pristina. Seorang suspek sudah dibebaskan dan tiga lagi masih berada dalam tahanan selama 48 jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beberapa bahan bukti termasuk salinan maklumat perubatan dan lain-lain dokumen turut dirampas. Tiada maklumat lain didedahkan setakat ini.

Polis Kosovo pada bulan lalu menahan masing-masing dua doktor dan jururawat di sebuah klinik swasta di pinggir bandar Pristina kerana disyaki melakukan kesalahan sama.

Pada Mei tahun lalu, sebuah mahkamah di Pristina menjatuhkan hukuman penjara ke atas dua orang doktor kerana mengeluarkan dan menjual buah pinggang manusia kepada pesakit yang kaya pada harga €100,000 (RM466,000) bagi setiap organ tersebut.

Pakar Urologi, Dr. Lutfi Dervishi dipenjarakan selama tujuh tahun setengah sementara pakar bius, Dr. Sokol Hajdini dihukum penjara setahun kerana menjalankan pembedahan ke atas penderma yang dibawa ke Kosovo, keba­nyakannya dari Turki, Rusia dan Kazakhstan.

Buah pinggang dijual kepada pesakit yang memerlukannya, rata-rata pembeli dari Israel sementara penderma hanya dibayar €15,000 (RM70,000) seorang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini