Empat maut rusuhan bantah keputusan Pemilu di Papua - Utusan Malaysia

Empat maut rusuhan bantah keputusan Pemilu di Papua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 27 Mei – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun merupakan antara empat yang maut selepas terkena tembakan polis dalam insiden rusuhan membantah keputusan pilihan raya umum Indonesia (Pemilu) di wilayah Papua.

Menurut pihak berkuasa, lebih 300 penyokong seorang calon legislatif menyerang pejabat daerah di Asmat.

Calon yang tidak dikenal pasti identitinya itu mendakwa dia sepatutnya diisytiharkan menang berdasarkan jumlah undi yang diperoleh, namun namanya diganti dengan calon lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan tentera cuba meredakan rusuhan tersebut namun keadaan menjadi semakin tidak terkawan sehingga pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini