Empat lelaki termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ diburu - Utusan Malaysia

Empat lelaki termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei.- Gara-gara berebut seorang wanita, empat lelaki termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ diburu bagi membantu siasatan insiden rusuhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, mereka yang diburu iaitu seorang ‘Datuk Seri’ dikenali sebagai Lew, Derek, Cho Chai dan Bahtiar Rahim yang dipercayai mempunyai kaitan dalam insiden rusuhan itu.

Ujarnya, berikutan kejadian itu, sebanyak 14 individu berusia 26 hingga 47 tahun dipercayai anggota Geng 21 dari Ampang ditahan sejak Sabtu lalu hingga semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis turut merampas senjata serta kenderaan yang digunakan oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian ini.

“Siasatan mendapati seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan pemeriksaan urin mendapati kesemua mereka negatif dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan memberitahu, kejadian itu menyebabkan pemilik pusat hiburan mengalami kerugian RM200,000 selepas barang-barang di premis itu rosak.

“Pihak kita memandang serius insiden rusuhan ini dan kita sedang siasat sejauh mana Geng 21 ini aktif.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana merusuh,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini