Empat ahli kongsi gelap termasuk bekas anggota polis diberkas - Utusan Malaysia

Empat ahli kongsi gelap termasuk bekas anggota polis diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Bekas anggota polis antara empat ahli kumpulan kongsi gelap 77 dan 30 yang diberkas selepas terlibat dalam aktiviti peras ugut pengusaha lori tanah di Banting, Kuala Langat Sabtu lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Amat berkata, bekas anggota polis yang merupakan suspek utama dikenali Abang Long Balang, rakannya iaitu  Lan Taro serta dua lagi individu yang ditahan ditahan berusia 32 hingga 42 tahun. 

Katanya, penangkapan mereka susulan laporan polis yang dilakukan seorang pengusaha lori berusia 27 tahun yang telah diperas ugut supaya memberikan wang perlindungan setiap bulan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan siasatan, pengadu mendapat maklumat pekerjanya ditahan di Banting pukul 3 petang pada 17 Mei lalu sebelum berjumpa ketua kumpulan yang memperkenalkan dirinya sebagai Abang Long Balang. 

“Suspek utama itu mengugut mencederakan mangsa dan meminta wang perlindungan setiap bulan sebelum diminta dipaksa memasuki kenderaan pacuan empat roda dan berjumpa dengan seorang lagi suspek iaitu Lan Taro. 

“Pengadu dipaksa membayar RM18, 000 atau atau lorinya akan dipecah dan dibakar geng kongsi gelap berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Fadzil menambah, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek  mengaku dari Kumpulan Kongsi Gelap 77 dan 30. 

Ujar beliau, suspek dikenali Abang Long Balang adalah merupakan bekas anggota polis yang telah dibuang kerja. 

“Kita telah mengenal pasti suspek-suspek lain yang terlibat dan mengarahkan mereka hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk siasatan lanjut. 

“Orang ramai yang turut menjadi mangsa dalam kejadian sebegitu diminta tampil membuat laporan polis,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini