LONDON 2 Mei – Unai Emery mahu mencipta ‘sejarah baharu’ bersama Arsenal dengan menyasarkan kejuaraan Liga Europa, kejohanan yang menyaksikan dia merangkul kejuaraan sebanyak tiga kali bersama Sevilla. The Gunners akan melayan kunjungan satu lagi bekas kelab Emery, Valencia dalam separuh akhir pertama Liga Europa. Arsenal bagaimanapun memiliki rekod kurang baik di tempat lawan musim ini dengan Gunners hanya menang empat daripada 16 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Emery…










