LONDON 12 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk bakal berdepan perbicaraan di mahkamah selepas menggelar penyelam Britain, Vern Unsworth yang menyelamatkan 12 kanak-kanak Thailand di gua Tham Luang sebagai pedofilia di Twitter.
Lapor BBC, hakim mahkamah Persekutuan menetapkan 22 Oktober sebagai tarikh perbicaraan.
Musk bertindak melontarkan dakwaan tersebut selepas Unsworth mendakwa cubaan Musk untuk membantu operasi menyelamat kesemua kanak-kanak terbabit adalah satu ‘tindakan berbentuk perhubungan awam’. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











