Elak kulit kering semasa puasa - Utusan Malaysia

Elak kulit kering semasa puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ingin kulit sihat yang tampak mulus dan bersinar? Ini kerana ada kalanya anda akan merasakan kulit kering terutama semasa berpuasa. Tahukah anda pemakanan dan penjagaan kulit semasa berpuasa sangat penting? Bagaimanakah caranya?

Anda perlu minum air kosong sebanyak dua liter untuk mengekalkan kelembapan tubuh badan dan kulit. Selain itu, tambahkan sayur dan buah-buahan ke dalam pemakanan. Ramai yang tidak sedar bahawa pemakanan memainkan peranan yang penting dalam menyeimbangkan nutrisi kulit. Ada yang mengatakan pemakanan ialah punca kepada penghasilan jeragat, jerawat, kulit kusam selain mempercepatkan proses penuaan.

Ramai yang bencikan masalah-masalah kulit seperti ini. Masalah kulit sememangnya kerap membuat seseorang merasa sedih, tiada keyakinan dan memberi kesan kepada keterampilan. Apapun bagi yang memiliki kulit sensitif, masih ada cara rawatan sama ada tradisional atau moden.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pun begitu, pada Ramadan ini rata-ratanya sering lupa tentang penjagaan kulit kerana sibuk memikirkan juadah berbuka puasa. Sehinggakan tidak sedar bahawa pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan ketidakseimbangan dalam penjagaan nutrisi kulit. Justeru, mereka yang mengalami kulit berminyak perlu mengetahui bahawa pemakanan yang tidak seimbang juga akan menyebabkan ketidakimbangan hormon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini