KUALA LUMPUR 10 Mei – Golongan belia dipelawa memeriahkan Mini Youth Biz Expo (myBEX) 2019 yang diadakan di pekarangan Parkir A, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Selasa pada 14 dan 15 haribulan ini.
Jabatan Belia dan Sukan Negara memaklumkan program yang bermula pada 9 pagi hingga 10 malam bersempena Hari Belia Negara itu akan dipenuhi pelbagai aktiviti seperti ‘business matching’, ‘pocket talk’, pameran dan jualan produk usahawan belia dari seluruh pelusuk negara.
“Selain itu, myBEX juga memberi peluang kepada usahawan mikro dan sederhana mendapat informasi terkini berkaitan keusahawanan daripada agensi-agensi terlibat dan meluaskan jaringan perniagaan.
“Semua usahawan termasuk pengunjung turut berpeluang mendapat bantuan khidmat nasihat berkaitan latihan keusahawanan dan juga bantuan dana,” katanya. – UTUSAN ONLINE











