KUALA LUMPUR 2 Mei – Syarikat teknologi maklumat (IT) yang memberi perkhidmatan menyeluruh, DXC Technology memperluas kehadirannya di Asia dengan menandatangani perjanjian penyumberan luar bagi jangka panjang dengan Sime Darby Bhd. Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Penawaran DXC Technology, Edward Ho berkata, kedua-dua pihak bersetuju bahawa perjanjian itu akan meningkatkan perkhidmatan sumber manusia, kewangan dan perakaunan dan IT bagi seluruh perniagaan konglomerat Sime Darby. Katanya, di bawah perjanjian itu,…