PUTRAJAYA – Kerajaan masih belum memuktamadkan pemberian insentif khas Hari Raya Aidilfitri kepada kira-kira 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) walaupun berbaki seminggu sahaja lagi sebelum umat Islam di seluruh negara meraikan perayaan itu. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu dan meminta persoalan berhubung pemberian ‘duit raya’ itu dirujuk kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. “Ada ke? Saya tidak tahu. Pegawai…










