‘Duit raya’ Felda: Di mana peruntukan tambahan? - Utusan Malaysia

‘Duit raya’ Felda: Di mana peruntukan tambahan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Keputusan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih tidak memberikan keputusan muktamad berhubung pemberian ‘duit raya’ kepada 112, 635 peneroka menimbulkan persoalan berkenaan peruntukkan tambahan yang diumumkan sebelum ini.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan berkata, apa yang mengecewakan, kerajaan sebalik hanya memberikan alasan negara dibebani pelbagai hutang.

“Jika dahulu, ketika era Barisan Nasional (BN), duit raya mampu diberikan kepada peneroka Felda di saat belanjawan yang optimum, kenapa kini duit raya tidak mampu diberikan walaupun belanjawan PH merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara ?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini ditambah dengan belanjawan tambahan yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Kami berpendapat bahawa belanjawan terbesar ini tidak dinikmati rakyat, malah tidak mampu menurunkan hutang negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SHAHIR ADNAN
SHAHIR ADNAN

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini berkata, kerajaan tiada membuat keputusan berhubung pemberian ‘duit raya’ kepada peneroka Felda di seluruh negara,

Dalam pada itu, Shahir menggesa kerajaan agar memberikan ‘duit raya’ kepada peneroka Felda di saat harga sawit dan getah yang jatuh.

“Jualan tidak seberapa menyebabkan seluruh peneroka dan petani terpaksa mengikat perut untuk hidup. Harapan mendapat bantuan pula kini sunyi menyepi,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini