Dua wartawan Reuters dibebaskan - Utusan Malaysia

Dua wartawan Reuters dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON 7 Mei – Dua wartawan Reuters yang dipenjarakan selepas membuat liputan berhubung krisis masyarakat etnik Rohingya di negara ini, dibebaskan selepas mendapat pengampunan hari ini.

Wa Lone dan Kyaw Soe Oo dikerumuni oleh sekumpulan petugas media ketika mereka melangkah keluar dari penjara Insein.

Penahanan mereka pada Disember 2017 menjadi perhatian antarabangsa dan menunjukkan petanda halangan kebebasan media di bawah pemerintahan Aung San Suu Kyi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wa Lone, 33, mengucapkan terima kasih kepada masyarakat seluruh dunia kerana menyokong pembebasan mereka dan berjanji dia akan kembali bekerja. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini