IPOH 1 Mei – Jabatan Kesihatan negeri menerima laporan kejadian disyaki keracunan metanol yang berlaku di daerah Kinta melibatkan dua warganegara asing semalam. Pengarahnya, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, dua warga asing dari Bangladesh dan Myanmar itu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada 28 April lalu. Beliau berkata, antara gejala yang dialami oleh mereka ialah kabur penglihatan, loya, muntah, sakit perut…










