JEMPOL – Dua remaja lelaki maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 9 Jalan Bahau – Rompin dekat sini hari ini. Dalam kemalangan kira-kira pukul 10.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Haziq Husaini Mohd Had, 18, dan rakannya, Irfan Denial Shaharuddin, 14, maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kedua-dua remaja tersebut menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC semasa kemalangan itu berlaku. “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa motosikal ditunggang Muhammad Haziq Husaini dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya