Dua pegawai kanan bertukar - Utusan Malaysia

Dua pegawai kanan bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat dua lagi pegawai kanannya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran didahului Timbalan Pengarah Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed yang akan bertugas sebagai Pengarah JSJ baharu.

Ujarnya, pertukaran seterusnya melibatkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad pula akan bertukar sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua kenaikan pegawai kanan ini akan berkuatkuasa 17 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 13 Mac lalu, Huzir dilantik sebagai pemangku pengarah jabatan JSJ bagi menggantikan Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd. yang bersara wajib.

Huzir menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1982 dan mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam pasukan ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini