KUALA LUMPUR 14 Mei – Dua lorong di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) iaitu kilometer 24.3 sehingga 25.0 akan ditutup sementara bagi kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan.
PENUTUPAN lorong di kedua-dua arah berkenaan akan bermula dari pukul 11 malam hingga 5 pagi mulai semalam hingga 29 Mei ini.- UTUSAN ONLINE
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan lorong di kedua-dua arah berkenaan akan bermula dari pukul 11 malam hingga 5 pagi itu bermula semalam dan dijangka dibuka semula selepas 29 Mei ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sehubungan itu, Prolintas menasihatkan pengguna untuk mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan kakitangan bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat sepanjang melalui kawasan pembinaan. – UTUSAN ONLINE











