LONDON 11 Mei – Dua lelaki dibawa ke mahkamah hari ini atas pertuduhan melakukan rusuhan di Bandar Northern Irish, Londonderry pada malam seorang wartawan mati ditembak.
Paul McIntyre, 51, dan Christopher Gillen, 38, didakwa dengan rusuhan dan kesalahan bom petrol ditolak jaminan di Mahkamah Majistret Londonderry.
Mereka ditahan pada Khamis lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pihak pendakwaan menuduh kedua lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan separa tentera, New IRA (Tentera Republikan Irish) yang merancang rusuhan pada 18 April lalu disamping mengaku bertanggungjawab terhadap kematian wartawan, Lyra McKee.
Wartawan berusia 29 tahun itu mati setelah ditembak di kepala. – AFP











