Dua beradik ditahan positif Syabu - Utusan Malaysia

Dua beradik ditahan positif Syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Dua beradik yang baru sahaja selesai menghisap dadah di rumah mereka di Kampung Pintas, Beaufort, Sabah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semalam.

Dalam operasi bermula kira-kira pukul 1.30 pagi itu, kedua suspek berusia 32 dan 34 tahun antara enam lelaki yang ditahan agensi itu dalam Op Cegah di kawasan tersebut.

Ketua Pegawai AADK Beaufort, Effanehwati Lakat berkata, hasil penahanan itu, beberapa peralatan menghisap dadah syabu turut ditemukan di dalam bilik seorang daripada mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika pemeriksaan, Kedua-dua beradik terbabit dipercayai baru lepas menghisap dadah syabu.

“Hasil ujian saringan awal mendapati dua beradik positif dadah jenis syabu,” katanya di sini.

Tambah Effanehwati, operasi itu turut dijalankan di dua lagi kampung di daerah itu dan sebanyak empat lelaki disyaki penagih berusia 26 hingga 51 tahun telah ditahan.

“Semua yang ditahan disiasat mengikut seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Beaufort di talian 087-222667 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini