D’Saji ketengah sajian Nusantara - Utusan Malaysia

D’Saji ketengah sajian Nusantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJENGAH minggu ketiga Ramadan, tentunya suri rumah sibuk membuat persiapan Aidilfitri sehingga tidak sempat menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga. Tidak perlu gusar kerana hotel dan restoran masih menawarkan sajian bufet Ramadan yang enak.

Antaranya, Felda D’Saji Sdn. Bhd. (D’Saji) yang tampil berbeza pada tahun ini apabila menyediakan lebih daripada 90 juadah istimewa dari Nusantara yang pastinya memikat citarasa masyarakat Melayu.

Ketua Pegawai Eksekutif D’Saji, Ahmad Zaki Abdullah berkata, D’Saji mengeten–gahkan sajian Nusantara yang sukar ditemui di mana-mana tempat terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara menu tersebut adalah rendang pucuk ubi yang biasa ditemui di Negeri Sembilan tetapi jarang didapati di sini (ibu kota). Justeru, kita ketengahkan makanan tradisi itu termasuk sajian istimewa dari negeri-negeri Pantai Timur dan selatan tanah air,” katanya ketika ditemui.

Selain itu katanya, istimewanya pada tahun ini adalah Restoran Terapung D’Saji Titiwangsa akan menjemput 10 kumpulan nasyid yang bukan sahaja menghiburkan pengunjung tetapi juga akan mengazankan waktu berbuka serta mengimamkan solat tarawih mengikut giliran masing-masing.

Ahmad Zaki berkata, tempahan untuk individu, keluarga dan sahabat handai boleh dibuat di empat lokasi milik D’Saji iaitu Dewan Perdana Felda, Lake Cempaka Villa di Bangi, Laman Gemilang di Kelana Jaya dan Orchard Villa di Gombak.

Menurutnya, setiap tempat tersebut menawarkan harga yang berbeza. Untuk pakej korporat pula katanya, pengunjung diberikan tiga pilihan lokasi eksklusif iaitu Dewan Bankuet Menara Felda, Dewan Merak Kayangan dan Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa.

Dalam pada itu, wakil kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak D’Saji dan Best Fb KL kerana memberi peluang kepada kumpulan nasyid tanah air untuk turut memeriahkan majlis iftar di restoran tersebut.

“Majlis iftar ini akan menampilkan rakan seperjuangan kami seperti Raihan, Inteam, Hijazz, Saujana, UNIC, Soutul Amal, Almanna, Damai dan Fadzli yang bakal membuat persembahan secara bergilir-gilir mengikut hari tertentu sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini