Dr. Mahathir tinjau Bazar Ramadan Stadium Darul Aman - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir tinjau Bazar Ramadan Stadium Darul Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 26 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau dan membeli juadah di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang memandu sendiri kereta tiba di bazar berkenaan pada 5.55 petang diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Dr. Mahathir juga meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di bazar tersebut selain orang ramai turut mengambil peluang bergambar dengan perdana menteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara juadah yang menjadi pilihan Dr. Mahathir ialah dadih, roti jala dan cucur udang.

Dr. Mahathir juga kelihatan tertarik dengan keunikan nasi ayam hijau kuning yang dijual di bazar itu.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini