Ditahan seludup dadah: Suami isteri dakwa terima tawaran melancong - Utusan Malaysia

Ditahan seludup dadah: Suami isteri dakwa terima tawaran melancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan kerana membawa dadah sebanyak 23 kilogram di Lapangan Terbang Vientiane Laos pada 18 Mei lalu dipercayai menerima tawaran melancong ke Laos sebelum itu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, kedua-dua suspek tidak membawa dadah ketika bertolak dari Malaysia dan hanya menerima dadah di Laos.

“Mereka ditawarkan untuk melancong ke Laos dan setibanya di sana, mereka berjumpa dengan ahli sindiket yang meminta supaya membawa ‘hadiah’ berisi dadah ke Filipina,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Kamarulzaman, pakej percutian yang meminta mangsa membawa barangan ke negara ke tiga ini semakin banyak berlaku dan pihaknya sentiasa memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini