PETALING JAYA 28 Mei – Pengguna kenderaan kelas satu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas) akan menikmati kadar diskaun tol masing-masing sebanyak 70 sen dan 20 sen sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, tawaran itu akan dinikmati oleh pengguna di kedua-dua lebuh raya berkenaan bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada malam pertama…










