Diskaun tol 10 peratus di empat lebuh raya sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Diskaun tol 10 peratus di empat lebuh raya sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) akan menawarkan pemberian diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna kenderaan kelas satu di empat lebuh raya di bawah kendaliannya sempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Prolintas, Ir Rostam Shahrif Tami berkata, tawaran itu khusus bagi pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Katanya, pengguna boleh menikmati diskaun tersebut bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam, Rabu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Pemberian diskaun ini adalah salah satu usaha Prolintas untuk mengurangkan kos perbelanjaan pengguna lebuh raya khususnya yang akan menyambut Syawal.

“Dengan tawaran ini diharap dapat menambahkan lagi keceriaan sambutan Aidilfitri dan percaya lebuh raya kendalian Prolintas akan sentiasa menjadi pilihan utama pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, lorong tambah nilai di kesemua lebuh raya itu akan beroperasi seperti biasa iaitu dari pukul 10 pagi hingga 4 petang dan 8 malam hingga 10 malam setiap hari manakala Pusat Khidmat Pelanggan dibuka dari pukul 7 pagi hingga 10 malam

“Pengguna GCE dan LKSA juga dicadangkan untuk membuat urusan tambah nilai di kiosk layan diri yang ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang lebuh raya tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini