KUALA LUMPUR 29 Mei – Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) akan menawarkan pemberian diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna kenderaan kelas satu di empat lebuh raya di bawah kendaliannya sempena sambutan Aidilfitri. Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Prolintas, Ir Rostam Shahrif Tami berkata, tawaran itu khusus bagi pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK). Katanya, pengguna boleh menikmati diskaun tersebut bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam, Rabu ini. “Pemberian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya