Diarah kosongkan perpustakaan angkara gas durian - Utusan Malaysia

Diarah kosongkan perpustakaan angkara gas durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTRALIA – Gara-gara kehadiran bau gas ‘kurang menyenangkan’, seluruh perpustakaan di Universiti Canberra menjadi kecoh sehinggakan kakitangan di situ terpaksa membuat panggilan kecemasan bagi mendapatkan bantuan.

Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi telah mengarahkan bangunan itu dikosongkan bagi membolehkan mereka mengesan punca ‘kebocoran’ gas tersebut.

Selepas sejam melalukan penyiasatan, pihak bomba akhirnya dapat mengesan punca sebenar bau gas itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia rupa-rupanya berpunca daripada sisa durian di dalam tong sampah yang terletak berdekatan bolong udara di aras dua bangunan berkenaan.

Pihak bomba tidak mahu mendedahkan dari mana datangnya bau itu kepada umum, sebaliknya menyerahkan kepada kakitangan perpustakaan untuk mengumumkannya.

“Kini dibuka semula. Gas yang dikesan dalam bangunan adalah selamat, ia sebenarnya daripada durian yang dibuang dalam tong sampah,” jelas kenyataan perpustakaan itu menerusi laman Facebook rasmi. – THE GUARDIAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini