APABILA berita kematian Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dikhabarkan kepada saya pagi semalam, apa yang boleh saya ungkapkan: “Pergi sudah sejarawan, pejuang sejati tanah air”. Hebat tokoh ini. Saya ingat lagi dalam tidak kurang 10 kali menelefonnya untuk mendapatkan komen isu-isu semasa tanah air termasuklah aspek kenegaraan dan politik, mendiang sentiasa berpegang kepada fakta. Biarpun pada sebilangan orang, beliau ‘boleh sahaja cenderung untuk prejudis’ dengan berpihak kepada…










