Datuk Bandar Ipoh dilantik dalam tempoh sebulan - Utusan Malaysia

Datuk Bandar Ipoh dilantik dalam tempoh sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Datuk Bandar Ipoh yang baharu akan dilantik dalam tempoh sebulan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong.

“Calon sudah ada dan memang banyak desas desus siapa yang akan jadi calon tetapi kita tak boleh umum namanya sebelum upacara mengangkat sumpah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian jentera baharu Light Fire Rescue Tender (LFRT) Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Pekan Baru di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman.

Memuatkan artikel berkaitan…

April lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Faizal Azumu mengumumkan pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu bagi menggantikan Datuk Zamri Man akan dibuat akhir bulan lepas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini