Cerita saya dengan Warta Malaya sebagaimana yang telah disiarkan oleh Warta Malaya sendiri dalam keluarannya bertarikh 4 April 1939 ialah suatu kisah yang ringkas jua iaitu saya telah mulai bekerja dengannya di dalam bulan September tahun 1937 dan telah berhenti daripadanya pada 1 April tahun ini kerana saya hendak balik ke kampung berjumpa ibu bapa saya, mendengar burung-burung menyanyi, air sungai mengalir dan sebagainya. Alhamdulillah – Syukurlah saya kepada Tuhan…










