Darell terima kunjungan rasmi Naib Presiden Argentina - Utusan Malaysia

Darell terima kunjungan rasmi Naib Presiden Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking hari ini menerima kunjungan rasmi Naib Presiden Argentina, Marta Gabriela Michetti, yang berada di sini bagi lawatan lima hari ke Malaysia mulai 2 Mei.

Semasa mesyuarat tertutup di pejabat beliau di sini, Darell dan Michetti bersetuju bahawa terdapat peluang pertumbuhan bagi hubungan perdagangan serta pelaburan dua hala antara kedua-dua negara, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini.

“Darell memperakui Argentina dan blok ekonomi Mercosur menawarkan prospek yang amat luas untuk memperkukuh lagi hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia di rantau Amerika Latin,” kata MITI.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga menekankan perlunya kerajaan dan perniagaan di kedua-dua negara bekerjasama dalam meneroka peluang manfaat bersama, mengharungi cabaran sedia ada dan mempertingkat proses berkenaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini