KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bermula pada 19 Ogos sehingga 14 November ini. Hakim Collin Lawrence Sequerah yang akan mendengar perbicaraan kes itu menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan dari kedua-dua belah pihak pada sebutan permohonan notis usul berhubung perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi. Collin menetapkan…










