Dalic panggil dua muka baharu - Utusan Malaysia

Dalic panggil dua muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZAGREB 21 Mei – Ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic memanggil dua pemain untuk menyertai skuad kebangsaan negara itu buat kali pertama menghadapi Wales dalam kelayakan Eropah (Euro) 2020 selepas naib juara Piala Dunia 2018 itu tewas mengejut kepada Hungary.

Dua pemain tersebut merupakan pertahanan Leicester, Filip Benkovic yang beraksi secara pinjaman di Celtic serta pertahanan kiri, Dario Melnjak yang menjaringkan empat gol daripada 15 penampilan bersama kelab Turki, Rizespor.

“Jelas sekali kami terdesak untuk mendapatkan tiga mata menentang Wales.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya dengan skuad ini, kami tidak mempunyai banyak pilihan selepas kegagalan kami untuk mengatasi Hungary. Kami perlu lebih fokus untuk masa depan,” kata Dalic, di mana pasukannya tewas 1-2 kepada Hungary di Budapest pada Mac lalu.

Ante Rebic yang menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut turut disenaraikan walaupun mengalamai kecederaan belakang ketika beraksi bersama Eintracht Frankfurt, Sabtu lalu.

Croatia akan bertemu Tunisia dalam aksi persahabatan pada 8 Jun ini, tiga hari selepas menerima kunjungan skuad kendalian Ryan Giggs di Osijek.

Croatia diletakkan dalam Kumpulan E berkongsi tiga mata bersama Hungary, Slovakia manakala Azerbaijan kosong. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini