PUTRAJAYA 27 Mei – Dakwaan mengatakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak peka dengan keperluan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Seri Alam, Masai, Johor dan sengaja melewatkan penyiapan projek tersebut adalah tidak berasas sama sekali. Sebaliknya, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menegaskan, pembinaan SJKT itu telah siap 95 peratus dan hanya menunggu baki kerja-kerja berkaitan sistem pembentungan untuk disiapkan sepenuhnya, dan dijangka akan diserah untuk operasi pada Disember…










