Daesh: Peniaga beraya di penjara - Utusan Malaysia

Daesh: Peniaga beraya di penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Seorang peniaga terpaksa meraikan Hari Raya Aidilfitri di sebalik tirai besi apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadapnya atas kesalahan memaparkan item berkaitan kumpulan pengganas Daesh di laman Facebooknya, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhd. Syahir Muhammad Nordin, 28, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memaparkan di Facebook miliknya item-item berkaitan kumpulan pengganas Daesh, di Bahagian E8 Counter Terrorism, Tingkat 33, Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada 13 Jun 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 130JB (1)(d) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan mana-mana item terbabit.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh ditangkap pada 19 November 2018. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini