KUALA LUMPUR 28 Mei – Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh pada 2016. Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak menjatuhkan hukuman terhadap Nor Mizan Panijan, 40, selepas pihak pendakwaan berjaya mengemukakan prima facie dalam perbicaraan kes tersebut. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Nor Mizan dalam tiga kes berkenaan berjalan secara serentak bermula tarikh tangkap iaitu 15 Julai 2016. Berdasarkan pertuduhan, Nor Mizan didakwa telah memberi sokongan kepada kumpulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya