Curi hasil laut, 15 nelayan Vietnam ditahan - Utusan Malaysia

Curi hasil laut, 15 nelayan Vietnam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Tindakan degil 15 nelayan asing warganegara Vietnam menangkap hasil laut di secara haram mengundang pada apabila mereka ditahan Maritim Malaysia (APMM) di Tanjung Balau di sini pagi semalam.

Dalam Operasi Jaksa yang dijalankan  pada pukul 11.45 pagi itu, kesemua 15 nelayan Vietnam termasuk seorang tekong yang ditahan berusia 17 hingga 45 tahun.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, sebuah bot peronda APMM sedang menjalankan Operasi Jaksa di perairan tersebut telah mengesan sebuah bot nelayan asing di kedudukan 26.5 batu nautika timur Tanjung Balau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka dalam keadaan mencurigakan apabila mempamerkan tanda nama pada bot seperti bot nelayan tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Semasa kejadian, bot tersebut cuba melarikan diri daripada diperiksa dengan memotong pukat namun berjaya dipintas dan ditahan sebelum mendapati mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zulfadli berkata, tekong bot gagal mengemukakan apa-apa lesen bot selain terdapat sebilangan kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Jelasnya, dalam operasi itu pihaknya turut merampas bot, peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan serta bahan bakar bernilai RM3 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini