KUALA LUMPUR 7 Mei – Orang ramai yang mempunyai bakat dalam bidang seni boleh merebut peluang menunjukkan kreativiti mereka dalam Yayasan Seni Kreatif Cuckoo (CCAF) sekali gus dapat membantu membangunkan seni tempatan negara.
Pengarah Pemasaran CUCKOO, Queenie Goh berkata, yayasan tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada mereka yang layak dalam penajaan tersebut.
“Terdapat lima bidang seni dalam CCAF antaranya filem ; literatur ; reka bentuk seni ;kraf dan interior; pertunjukan seni dan kreatif dan aktiviti sekolah.
“Yayasan itu juga akan merapatkan jurang bagi artis di seluruh negara agar mereka dapat mencapai kejayaan dalam bidang seni tempatan,” katanya dalam majlis pelancaran CCAF di sini, hari ini.
Tarikh penyerahan permohonan dibahagikan kepada dua tempoh iaitu 7 Mei hingga 16 Jun dan 1 Julai hingga 8 September tahun ini serta pengumuman keputusan senarai pendek untuk penajaan tersebut adalah pada 1 Julai untuk bahagian pertama dan 1 Oktober bagi bahagian kedua.
Individu, syarikat dan institusi pendidikan yang berminat boleh memohon melalui laman web rasmi CUCKOO di www.cuckoo.com.my/ccaf dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi di talian 1 800 88 8181.
Tambah Queenie Goh, Cuckoo Malaysia telah meraih pendapatan lebih daripada RM450 juta pada tahun lalu dan telah mengumpul lebih 650 ribu pelanggannya sehingga bulan Mei tahun ini.
“Syarikat jenama terulung peralatan rumah itu telah membuka lebih 630 cawangan termasuk Brandstore dan Brandkiosk di seluruh negara,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE











