Countinho ‘pecah lubang’ Liverpool - Utusan Malaysia

Countinho ‘pecah lubang’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 Mei – Pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho memberi amaran kepada rakan sepasukan agar memanfaatkan beraksi di laman sendiri apabila bertemu Liverpool dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, sebelum berlepas ke Anfield.

Skuad Catalans bakal melayani kunjungan skuad bimbingan Jurgen Klopp di Camp Nou hari ini (esok pukul 3 pagi waktu Malaysia) dan akan bertandang ke Anfield dalam aksi timbal balik Rabu depan.

Coutinho berkhidmat selama lima musim di Liverpool sebelum berhijrah ke Barcelona dengan nilai perpindahan 140 juta pound (RM756 juta) pada Januari tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengalamannya selama lima musim di Anfield sudah pasti akan memberikan manfaat kepada Countinho, dengan pemain kebangsaan Brazil itu melaungkan amaran kepada rakan sepasukannya agar berhati-hati terhadap ‘suasana’ di laman keramat Liverpool itu.

“Saya tidak sabar untuk beraksi dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara pertama saya dan saya mahu melaksanakan tugas dengan baik.

“Pulang semula ke Anfield adalah sangat istimewa bagi saya kerana saya sangat gembira bersama Liverpool.

“Liga Juara-Juara adalah objektif terbesar saya dan kami perlu memiliki mentaliti yang kuat untuk mengharungi perlawanan seperti ini.

“Liverpool merupakan salah sebuah pasukan yang memiliki mentaliti kuat, terutama di laman sendiri. Mereka juga mempunyai serangan dan pertahanan yang hebat. Jadi kami semua perlu berhati-hati.

“Mereka bukan sekadar mempunyai serangan hebat, malah mempunyai sokongan yang kuat di Anfield menerusi suasana mengagumkan,” kata Coutinho.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini