City pahat sejarah - Utusan Malaysia

City pahat sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Mei – Manchester City muncul kelab lelaki pertama dalam sejarah bola sepak England berjaya menyapu bersih semua trofi liga domestik apabila muncul juara Piala FA dengan menumpaskan Watford 6-0, hari ini.

Raheem Sterling meledak hatrik manakala tiga lagi gol City di Stadium Wembley disempurnakan oleh David Silva, Kevin De Bruyne serta Gabriel Jesus.

Kemenangan itu hadir seminggu selepas anak-anak buah Pep Guardiola mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris, malah mereka sebelum ini turut dinobat sebagai juara Piala Liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Musim yang menakjubkan, kelab yang amat hebat,” kata kapten City, Vincent Kompany.

Sementara itu, Guardiola percaya, memenangi gelaran treble lebih sukar daripada merangkul kejuaraan Eropah.

“Mungkin ini bukan pencapaian terbaik saya sepanjang bergelar pengurus, namun sudah pasti antara yang terhebat.

“Selepas mengharungi 10 bulan yang mencabar, bertanding dalam pelbagai pertandingan, tiada pasukan lain yang mampu meraih pencapaian sehebat ini di England.

“Saya suka Liga Juara-Juara tetapi untuk memenangi gelaran treble adalah jauh lebih sukar daripada memenangi kejuaraan Eropah,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini