LOS ANGELES 3 Mei – Pelakon Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca dalam Star Wars meninggal dunia pada usia 74 tahun, Selasa lalu. Mail Online melaporkan, mendiang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Texas Utara di samping ahli keluarga. Perkara itu diumumkan oleh salah seorang ahli keluarganya di Twitter rasmi mendiang semalam. Punca kematian tidak dinyatakan dalam kenyataan itu. Mayhew bekerja sebagai atendan hospital di London sebelum ditawarkan berlakon dalam…










