KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dan Digi.Com. Bhd. (Digi) bakal menjadi pengendali mudah alih terbesar di Malaysia ekoran cadangan penggabungan operasi yang dimaklumkan oleh Axiata Group Bhd. (Axiata) dengan Telenor ASA (Telenor). Telenor Group dari Norway itu memiliki kepentingan 49 peratus dalam Digi. Menurut makluman Axiata kepada Bursa Malaysia di sini semalam, cadangan tersebut akan dilaksanakan di bawah satu entiti global yang digabungkan iaitu (mergedco). Menurutnya, kedua-dua syarikat…