Celcom bukan lagi syarikat telekomunikasi Malaysia, tapi milik Norway - Najib - Utusan Malaysia

Celcom bukan lagi syarikat telekomunikasi Malaysia, tapi milik Norway – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik penggabungan syarikat telekomunikasi tempatan, Celcom dengan DiGi dari Norway yang menyaksikan pegagangan tempatan hanya 43.5 peratus.

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak 

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Najib berkata, Axiata milik Khazanah Nasional telah mengumumkan bahawa Celcom akan digabungkan dengan DiGi yang mana selepas gabungan itu syarikat negara Norway Telenor akan memilik dan menguasai syarikat baharu itu dengan kepentingan saham 56.5 peratus manakala Axiata 43.5 peratus.

“Dengan ini, Celcom bukan lagi syarikat telekomunikasi Malaysia dan menjadi syarikat negara Norway.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebiasaannya untuk gabungan syarikat dalam industri yang sama, ramai di Celcom dan DiGi bakal kehilangan pekerjaan mereka. Sebelum PRU-14, syarikat Axiata adalah satu syarikat menguntungkan,” katanya.

Kata Najib, pada tahun 2017, Axiata untung RM909.48 juta iaitu kenaikan 80 peratus berbanding tahun 2016.

Pada tahun 2018 pula katanya, di bawah Pakatan Harapan (PH), Axiata catat kerugian RM5.03 billion iaitu paling besar dalam sejarah mereka.

“Oleh itu, Axiata telah jual banyak aset selepas tahun lepas. Bulan Februari ini, Axiata menjual syarikat telekomunikasi M1 kepada Singapura dengan harga RM1.65bil.

“Bulan April, Axiata jual perniagaan digital mereka kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

“Minggu lepas, Axiata jual kepentingan dalam aset digital lain kepada Mitsui dari Jepun. Tetapi peratusan kepentingan dan harga tidak dinyatakan.

“Hari ini, menyerah kuasa mengawal dan kepentingan saham terbesar dalam CELCOM kepada syarikat Norway,” kata Najib. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini