Cef Fikree jalin hubungan sulit dengan isteri orang - Utusan Malaysia

Cef Fikree jalin hubungan sulit dengan isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Cef selebriti, Cef Fikree Aznan dihambat kontroversi kononnya menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Perkara itu didedahkan isterinya, Zuriehan Ben Yahya menerusi laman Instagram miliknya @zuriehanbenyahya.

Menerusi Instagram tersebut mendakwa Fikree atau nama sebenarnya, Mohd. Fikree Najib Aznan bersekedudukan dengan wanita yang juga ibu kepada tiga anak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Im the one (saya) yang cari rumah untuk pindah, improved (perbaiki) life (kehidupan) Jayden dan mahu Fikree selesa.

“Susah payah deal (berunding) dengan ejen dan bungkus barang pindah seorang diri kononnya, Fikree bz(sibuk). Patutla tidak balik rumah, kereta perempuan itu pakai, kasut perempuan itu ada dalam rumah,” tulisnya di Instagram.

Zuriehan
Luahan Zuriehan menerusi laman Instagram miliknya @zuriehanbenyahya. – Kredit foto Instagram

Menurut Zuriehan, dia turut melaporkan perkara tersebut kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bagaimanapun mendakwa JAIS lewat tiba ke lokasi.

“JAIS lambat datang. Masa Fikree bagi JAIS masuk, perempuan itu sudah keluar melalui pintu belakang,” dakwanya.

Malah ketika kejadian, Fikree juga tidak menghiraukan kehadiran anak sulungnya Jayden.

Sehubungan itu, Zuriehan berdoa supaya dirinya dan Jayden dilindungi Allah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini