Cahaya Ramadan di Bangi Resort Hotel - Utusan Malaysia

Cahaya Ramadan di Bangi Resort Hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bangi Resort Hotel menyambut kedatangan Ramadan tahun ini dengan meraikan kepelbagaian adat dan tradisi hidangan Malaysia serta hidangan kegemaran antarabangsa di Restoran Funtasia.

Bertemakan Bufet Cahaya Ramadan, barisan chef yang diketuai Pengarah Operasi Dapur, Lee Chan Hee menyediakan lebih 200 pilihan hidangan Malaysia dan antarabangsa.

Hidangan pembuka selera seperti rojak pasembur sehingga ke pencuci mulut sesejuk gelato pelbagai rasa dipamerkan di atas Ferris Wheel setinggi 3.6 meter selain hidangan kambing golek, sate Malaysia dan barbeku ala Mongolia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara hidangan kegemaran di Funtasia adalah gyoza Jepun, nasi goreng robo-wok, hidangan eksklusif sup tulang dan sup kambing, kari kepala ikan dan serawa durian turut disajikan.

Tidak lupa pencuci mulut seperti ais kacang dan cendol selain tarikan bufet tahun ini adalah kehadiran robot barista bernama `Robbie’ yang boleh menyediakan aiskrim dan minuman berasaskan kopi.

Dapur Funtasia, Harmoni dan pastri serta bankuet di Bangi Resort Hotel disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengunjung yang ingin berbuka puasa di hotel ini disediakan tempat letak kereta percuma selain kemudahan surau di tingkat satu dan tingkat dua hotel tersebut.

Untuk tempahan pengunjung boleh menghubungi 03-82102222/03-89251111 atau e-mel fb [email protected] atau lawati laman sesawang www.bangiresorthotel.com untuk maklumat lanjut dan promosi terkini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini