KUALA LUMPUR – Cadangan lantikan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke dalam skim perjawatan tetap dijangka akan dibentangkan ke Kabinet sebelum Julai ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. “Semalam saya telah meneliti perkembangan kertas Kabinet tersebut dan saya ada beri lagi input selain perlu mengemaskini beberapa perkara, harap ia dapat dibentangkan sebelum Julai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Waqaf al-Quds di Masjid Wilayah Persekutuan,…










