BARCELONA 2 Mei – Bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi memberi amaran kepada rakan sepasukannya kemenangan 3-0 ke atas Liverpool pada separuh akhir pertama, awal pagi tadi di Nou Camp belum menjamin tempat mereka di pentas final Liga Juara-Juara (UCL). Jelasnya, cabaran lebih besar bakal menanti pasukannya di Anfield pada aksi separuh akhir kedua 8 Mei nanti. Dalam perlawanan itu, Messi terus mempamerkan magis dengan memperagakan aksi menakjubkan sepanjang perlawanan dan…










